Happy new year.
Assalamualaikum.
Harini pukul 12a.m. satlagi tamatlah sesi untuk 2014. paling ngeri aku akan jadi spm victims. masyaAllah cepatnya masa berlalu. rasanya baru semalam aku masuk tadika kahkahkah 2014 banyak sangat kenangan yang aku tak dapat nak lupakan. sebab tahun ni lah aku banyak merasa masuk macam macam. benda yang aku tak pernah cuba tapi aku cuba. pergi khem dekat matang yang pada mulanya aku mmg tanak pergi sebab semua kawan kawan mcm dah give up tanak pergi khem tu. sebab last minutes ramai tarik diri. and finally kem tu jugaklah yang aku, awa dan ana cerita balik masa perjalanan naik maxwell hill.memang tak bosan kalau cerita balik. sebab rindu sangat sangat nak tidur dengan ana, awa, atasya. malam first paling gila sebab ana nak buat freze tapi jadi benda lain sampai kami gelak tak berhenti and dak khemah sebelah bising bising. hahaha aku buat freze sampai bahu terhentak dekat jalan tar halamek darah pulak kan. malam tu jugak aku gi minta ubat kat cikgu syawal. mana tak, aku nak tidur pun tak selesa. dapat lah kenal dengan cikgu muhammad, tapi aku lagi selesa panggil abg sebab dia muda lagi.. tapi abg mad mmg banyak menguji iman aku. dia fire aku kaw kaw. lepastu ttbe baik dengan aku, masalahnya aku perempuan pertama yang sembang ngan dia and berani fire dia balik. haha tapi time dah nak balik ttbe rasa rindu pulak sebab dia takde ngan kitorang time penutup. so sad. and that khem jugak aku and adib dilantik sebagai penghulu dan penghuluwati.



Khem kedua aku pergi dekat pulara resort. and khem ni aku mmg tanak pergi sebab aku rasa tempat dia agak seram. lepastu mama pun cakap tempat dia keras sikit. tapi sampai je tempat tu bermulanya aktiviti mmg dah tak fikir apa dah. kawan kawan walaupun semua orang aku tak kenal tapi dorang baik and okay. sebab sudi nak cakap dengan aku. tak kenal maka tak cinta kan.and khem ni pun aku dilantik sebagai penghuluwati. maigadd ada tanggungjawab lagi. ye ni semua dah diatur oleh Allah. tapi hari terakhir paling tak boleh blaa sebab ada permintaan suruh aku berucap kat depan. Allahu seumur hidup aku tak pernah pun cakap kat depan. terfikir, niat pun tak pernah.. aku malu sampai aku tak boleh nak cakap apaa aku terdiam kat situ. sampai aku sendiri tak sedar apa aku cakap. bila dah sampai rumah, hmm faham faham lah. mulalah sebak. air mata pun mulalah mengalir slow slow. haa ni lah time yang paling aku tak suka. aku ni cepat sayangkan sesuatu. setiap hari aku nangis. entahlaa aku rindu siapaaaaa. harap tahun 2015 mama izinkan aku pergi khem tu lagii. aku betul betul nak pergi.. semoga Allah permudahkan segala urusan aku untuk tahun 2015.



paling best tahun ni aku belajar main volleyball. haha tak sangka. aku mmg tak suka and tak minat langsung. haa sekarang hamekkk. Ya Allah semoga tahun 2015 lebih baik dari 2014. lebihkan membuat amal.apa apapun get ready for an even stormier year than 2014. Wallahu'alam.